
LONDON: Pihak berkuasa pengangkutan London mungkin mengisytiharkan muflis dalam beberapa hari lagi, jika kerajaan gagal memberikan sokongan kewangan, menurut laporan The Guardian hari ini yang memetik jurucakap syarikat itu.
Kerajaan UK memperkukuhkan Pengangkutan untuk London (TfL) dengan beberapa siri pembiayaan jangka pendek, tetapi yang terbaharu tamat pada Jumaat lalu.
Akhbar itu melaporkan rundingan pada Sabtu untuk melanjutkan perjanjian itu, yang membabitkan Datuk Bandar London, Sadiq Khan, tidak membuahkan hasil.
Tanpa petunjuk jelas sokongan kerajaan, TfL tidak mampu memenuhi keperluan undang-undangnya untuk mengisytiharkan ia boleh mengimbangi bajetnya, menurut jurucakap itu.
Jumlah pengguna perkhidmatan TfL kekal jauh lebih rendah berbanding sebelum pandemik, lapor akhbar itu.