11 lemas dihanyutkan ombak besar di Indonesia

11 lemas dihanyutkan ombak besar di Indonesia

Bagaimanapun, 12 yang lain terselamat daripada kejadian itu.

Kemalangan berlaku kira-kira 12:25 pagi waktu tempatan, Ahad, ketika 23 individu sedang melakukan upacara adat di pantai Payangan di daerah Jember.
JAKARTA:
Seramai 11 maut selepas dihanyutkan ombak besar ke laut dari pantai selatan wilayah Jawa Timur Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua memetik seorang pegawai pengurusan bencana tempatan.

Kemalangan berlaku kira-kira 12:25 pagi waktu tempatan, Ahad, ketika 23 individu sedang melakukan upacara adat di pantai Payangan di daerah Jember, kata Ketua Unit Operasi Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana Jawa Timur Budi Santosa.

“Tiba-tiba, ombak besar datang dan menghanyutkan mereka ke laut. Kejadian berlaku di pantai selatan pulau Jawa, dan ombaknya sangat besar. Mereka sebelumnya telah dilarang melakukan aktiviti sedemikian,” katanya kepada Xinhua melalui telefon.

Bagaimanapun, 12 yang lain terselamat daripada kejadian itu, tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.