Legenda Bollywood, Lata Mangeshkar meninggal dunia

Legenda Bollywood, Lata Mangeshkar meninggal dunia

Lata, yang berusia 92 tahun, dimasukkan ke hospital pada awal Januari setelah dijangkiti Covid-19 dan menghidap pneumonia.

Lata Mangeshkar (kiri) bersama Perdana Menteri India Narendra Modi yang menyifatkannya sebagai tokoh kebudayaan negara. (Gambar Twitter Narendra Modi)
PETALING JAYA:
Penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar, meninggal dunia hari ini pada usia 92 tahun.

Beliau dimasukkan ke hospital pada awal Januari setelah dijangkiti Covid-19 dan menghidap pneumonia.

Mangeshkar kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan gejala ringan dan dikatakan sedang dalam proses pemulihan.

Keadaan kesihatannya menjadi kritikal dan setakat semalam, beliau menerima bantuan alat pernafasan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, menurut laporan Times of India.

Sumber kerajaan berkata, India akan menjalani tempoh berkabung selama dua hari, di mana bendera kebangsaan akan dikibarkan separuh tiang, sebagai penghormatan baginya.

Perdana Menteri India Narendra Modi turut menzahirkan perasaan dukacita atas pemergian penyanyi berkenaan.

“Beliau meninggalkan ruang yang tidak dapat diisi bagi negara ini. Generasi berikutnya akan mengingati beliau sebagai tokoh kebudayaan India,” kata Modi dalam ciapan di Twitter.

Mangeshkar mula menjadi penyanyi pada usia 13 tahun, dan sepanjang kerjayanya selama tujuh dekad, beliau telah menyanyikan lebih 30,000 lagu dalam pelbagai bahasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.