India catat 255,874 kes Covid-19 baharu, jangkitan harian semakin meningkat

India catat 255,874 kes Covid-19 baharu, jangkitan harian semakin meningkat

Angka di bawah paras 300,000 buat pertama kali dilaporkan selepas lima hari berturut-turut.

India mencatatkan 2,236,842 kes aktif Covid-19 di seluruh negara itu, turun sebanyak 12,493 kes aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Jumlah kes Covid-19 India meningkat kepada 39,799,202 pada Selasa, apabila 255,874 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara, menurut data terkini kementerian kesihatan India.

Angka di bawah paras 300,000 buat pertama kali dilaporkan selepas lima hari berturut-turut, kata Xinhua.

Selain itu, 614 kematian akibat virus itu dilaporkan sejak pagi Isnin, menambah jumlah kematian kepada 490,462.

Di seluruh negara, 2,236,842 kes aktif Covid-19 dilaporkan, turun sebanyak 12,493 kes aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia kali pertama selepas 27 hari berturut-turut jumlah kes aktif sehari menurun di negara itu.

Sejumlah 37,071,898 orang sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 267,753 telah dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.