6 maut dalam rempuhan di stadium Cameroon

6 maut dalam rempuhan di stadium Cameroon

Saksi berkata, lebih 1,000 orang tolak-menolak di laluan pintu masuk stadium untuk menyaksikan perlawanan kalah mati antara Cameroon dan Comoros.

Beberapa individu membantu mangsa rempuhan di luar Stadium Olembe di Yaounde pada malam Isnin. (Gambar AP)
YAOUNDE:
Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam rempuhan di stadium yang menganjurkan Piala Negara-negara Afrika (AFCON) di Cameroon pada malam Isnin, kata Gabenor Wilayah Tengah, Naseri Paul Bea.

Tragedi itu berlaku ketika peminat bola sepak cuba memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan kalah mati antara Cameroon dan Comoros.

Bea berkata, “beberapa” yang lain turut cedera dan dikejarkan ke hospital di ibu negara Yaounde berdekatan stadium berkenaan. Pihak berkuasa bimbang jumlah kematian mungkin meningkat.

Emmanuel Njomo yang menyaksikan kejadian itu memberitahu Xinhua, lebih 1,000 orang tolak-menolak di laluan pintu masuk stadium.

“Semua orang tidak sabar mahu masuk ke stadium menonton perlawanan yang sudah pun bermula. Mereka menolak penghadang keselamatan dan di situlah masalah bermula,” kata Njomo sambil menambah beberapa kanak-kanak dan wanita mungkn mati atau cedera semasa rempuhan itu.

Stadium itu mempunyai 60,000 tempat duduk, tetapi hanya boleh beroperasi pada 80% kapasiti berikutan sekatan Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.