PM Taliban gesa negara Islam iktiraf kerajaan Afghanistan

PM Taliban gesa negara Islam iktiraf kerajaan Afghanistan

Belum ada negara yang mengiktiraf kerajaan Taliban, dengan negara Barat memerhati untuk melihat sejauh kumpulan Islam yang terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia itu mentadbir kali ini.

Pejuang Taliban mempamerkan bendera mereka ketika melakukan rondaan di Kabul pada Ogos. (Gambar AP)
KABUL:
Perdana Menteri Taliban menggesa negara-negara Islam menjadi yang pertama secara rasmi mengiktiraf kerajaan Afghanistan yang membuat rampasan kuasa pada Ogos.

“Saya menyeru negara-negara Islam untuk memimpin dan mengiktiraf kami secara rasmi. Kemudian saya harap kita akan dapat membangun dengan cepat,” kata Mohammad Hassan Akhund pada persidangan di Kabul bagi menangani krisis ekonomi besar negara itu.

Belum ada negara yang mengiktiraf kerajaan Taliban, dengan negara Barat memerhati untuk melihat sejauh kumpulan Islam yang terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia ketika pertama kali berkuasa antara 1996 dan 2001, mentadbir kali ini.

Tetapi negara-negara luar berdepan tugas yang rumit untuk menyalurkan bantuan kepada ekonomi yang terjejas tanpa menyokong rejim, dengan banyak anggota yang disebut Taliban sebagai kerajaan sementara mereka dalam senarai sekatan antarabangsa.

“Kami tidak mahu bantuan sesiapa. Kami tidak mahu ia untuk urusan rasmi,” kata Akhund, merujuk kepada pengiktirafan kerajaan.

“Kami mahukannya untuk orang awam kami,” katanya, sambil menambah bahawa Taliban telah memenuhi semua syarat yang diperlukan dengan memulihkan keamanan dan keselamatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.