
TASHKENT: Kejadian letupan gas di sebuah rumah mandian di wilayah timur Fergana di Uzbekistan mengakibatkan tiga terbunuh dan mencederakan empat yang lain, menurut Kementerian Kecemasan Uzbek pada Jumaat.
Letupan itu mengakibatkan bumbung rumah mandian runtuh dan pasukan kecemasan diarah menjalankan operasi menyelamat, Xinhua memetik kementerian itu.
Menurut Kementerian itu, siasatan awal masih dijalankan berhubung kejadian berkenaan.