Angka korban banjir di Brazil meningkat ke 20 orang

Angka korban banjir di Brazil meningkat ke 20 orang

Jumlah mangsa meningkat kepada 470,000 dan 100 daripada 116 kawasan telah diisytiharkan darurat, menurut data yang dikeluarkan majlis perbandaran.

Hujan berterusan menyebabkan jambatan dan berpuluh-puluh rumah runtuh, manakala jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan. (Gambar AP)
BRASILIA:
Angka korban akibat hujan lebat melanda negeri Bahia, timur laut Brazil meningkat kepada 20 orang pada Isnin dan 358 lagi cedera, lapor Xinhua, memetik laporan baharu dikeluarkan pihak berkuasa pertahanan awam negeri itu.

Jumlah mangsa yang terjejas turut meningkat kepada 470,000, dan 100 daripada 116 kawasan telah diisytiharkan darurat, menurut data yang dikeluarkan majlis perbandaran.

Hujan berterusan menyebabkan jambatan dan berpuluh-puluh rumah runtuh, manakala jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.

Menurut Institut Meteorologi Kebangsaan, jumlah taburan hujan yang tinggi telah memusnahkan selatan Bahia sejak November dan dijangka berlanjutan minggu ini dan sehingga Januari.

Negeri Maranhao, Ceara dan Sao Paulo mengumumkan akan menghantar anggota bomba bagi membantu kawasan terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.