
Keputusan itu dibuat atas saranan empat ketua pegawai perubatan negara dan pengarah perubatan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS), kata Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial dalam satu kenyataan.
“Jangkitan Covid-19 sudah tinggi dalam masyarakat, penularan terutamanya adalah daripada (varian) Delta, tetapi kemunculan Omicron menambah risiko dan peningkatan ketara kepada perkhidmatan awam dan penjagaan kesihatan,” kata mereka, dan menambah kata bukti awal menunjukkan bahawa Omicron “merebak lebih cepat” berbanding Delta.
Mengikut panduan kerajaan, Tahap 4 bermaksud “wabak Covid-19 sedang menular; penularan adalah tinggi dan tekanan Covid-19 terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan adalah meluas dan ketara atau meningkat.”
Negara itu berada di Tahap 3 sejak Mei.
UK telah melaporkan 3,137 kes varian baharu setakat ini.