Saintis Jepun hasilkan pelitup muka ‘bersinar’, kesan Covid

Saintis Jepun hasilkan pelitup muka ‘bersinar’, kesan Covid

Pelitup muka yang menggunakan antibodi burung unta untuk mengesan Covid-19 dengan bersinar di bawah cahaya ultraungu.

Orang ramai dilihat memakai pelitup muka di Tokyo pada 29 Nov. (Gambar AP)
TOKYO:
Penyelidik Jepun menghasilkan pelitup muka menggunakan antibodi burung unta untuk mengesan Covid-19, yang bersinar di bawah cahaya ultraungu.

Penemuan oleh Yasuhiro Tsukamoto dan pasukannya di Kyoto Prefectural University, barat Jepun, mampu memudahkan pengujian lebih murah virus itu di rumah, kata mereka dalam satu kenyataan media.

Saintis telah menghasilkan penapis pelitup muka yang diselaputi antibodi burung unta menyasarkan virus korona, berdasarkan kajian sebelum ini yang menunjukkan burung berkenaan menunjukkan ketahanan tinggi terhadap penyakit itu.

Subjek ujian memakai pelitup muka, dan selepas lapan jam penapis berkenaan dikeluarkan sebelum disembur bahan kimia yang menunjukkan sinaran di bawah lampu ultraungu sekiranya virus itu wujud.

Penapis dipakai individu yang dijangkiti Covid-19 nampak bersinar di sekitar kawasan hidung dan mulut.

Pasukan itu berharap membangunkan lebih banyak pelitup muka berkenaan supaya bersinar secara automatik tanpa memerlukan pencahayaan khas jika virus itu dikesan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.