
“Lebih banyak tindakan diperlukan untuk mencapai matlamat menamatkan penempatan haram Israel,” menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin.
Kenyataan itu turut menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan lagi usaha untuk melancarkan proses damai di Timur Tengah berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, Amerika Syarikat digesa untuk mengambil “langkah praktikal” terutamanya membuka semula konsulat Amerika untuk menjalankan hal ehwal Palestin di Baitulmaqdis Timur.
Pada Selasa, media Israel melaporkan pihak rejim menangguhkan projek untuk membina lebih 9,000 unit rumah baharu di kawasan Lapangan Terbang (Atarot/Qalandia).
Menurut laporan itu penangguhan dibuat selepas jawatankuasa perancangan meminta tinjauan untuk menentukan kesan alam sekitar dan proses tersebut mungkin mengambil masa yang agak lama.
Perluasan penempatan Israel menjadi antara isu paling hangat dalam konflik Palestin-Israel dan satu penyebab utama yang merencatkan rundingan damai antara kedua-dua pihak sejak 2014.