
Mayat Fahad yang dipenuhi kesan pukulan, ditemui di asrama universitinya beberapa jam selepas dia menulis catatan Facebook yang menyelar Perdana Menteri, Sheikh Hasina, kerana menandatangani perjanjian perkongsian air dengan India.
Dia dipukul dengan kayu kriket dan objek tumpul lain selama enam jam oleh 25 rakan pelajar yang juga ahli sayap pelajar Liga Awami yang memerintah, Liga Chhatra Bangladesh (BCL).
Bapa mangsa, Barkat Ullah, berkata beliau gembira dengan keputusan itu dan berharap hukuman akan dilaksanakan dengan segera.
Pendakwa Raya, Abdullah Abu, berkata lima orang lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Kesemua mereka yang dijatuhkan hukuman mati berusia antara 20 dan 22 tahun, sedang mengikuti pengajian di Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Bangladesh bersama Fahad.
Tiga daripada defendan masih bebas manakala selebihnya berada di dalam bilik mahkamah, diwakili seorang peguam bagi defendan untuk mengemukakan rayuan bagi mengurangkan hukuman.
Rakaman diperoleh menerusi kamera litar tertutup yang dibocorkan dan kemudian tular di media sosial.
Fahad telah dilihat – dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang bocor yang kemudian tular di media sosial – berjalan masuk ke asrama bersama beberapa aktivis BCL.
Kira-kira enam jam kemudian, mayatnya dibawa keluar oleh pelajar dan dibaringkan di atas tanah.
BCL cukup dikenali sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas beberapa ahlinya dituduh membunuh, keganasan dan peras ugut.
Hukuman mati adalah perkara biasa di Bangladesh dengan ratusan orang berdepan hukuman mati saban tahun.
Pada Ogos lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap enam pelampau Islam atas kesalahan melakukan pembunuhan kejam dua aktivis hak gay.