
Gabenor Daerah Kitui Charity Ngilu berkata pemandu bas berkenaan cuba menyeberang Sungai Enziu yang mengalir deras, kira-kira 200 kilometer (125 batu) di timur ibu negara Nairobi, apabila kenderaan itu tiba-tiba terbalik dan tenggelam, lapor agensi Anadolu memetik laporan media tempatan.
Ngilu berkata, 31 mayat sudah ditemui setakat ini sejak usaha mencari dan menyelamat dijalankan.
Difahamkan seramai 12 orang berjaya menyelamatkan diri daripada lemas, termasuk empat kanak-kanak, katanya.
“Ia benar-benar menyedihkan. Kita kehilangan banyak nyawa.”
Ngilu berkata usaha mencari dan menyelamat diteruskan di wilayah itu namun menjangkakan jumlah kematian mungkin meningkat.