
Negara itu juga melaporkan 141 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 145,281 dan 7,644 pesakit masih dirawat di hospital.
Data terbaharu itu dikeluarkan ketika Britain mengesahkan 10 lagi kes Covid-19 melibatkan varian Omicron, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah seramai 42.
Sementara itu, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan lebih sejuta orang di Britain terus mengalami gejala “Long Covid”, atau ancaman komplikasi jangka panjang akibat Covid-19.
Dianggarkan sehingga 31 Okt, sebanyak 1.2 juta orang isi rumah persendirian dilaporkan mengalami “Long Covid”.
Lebih 88% penduduk berumur 12 tahun ke atas di Britain telah mendapat dos pertama vaksin Covid-19 dan lebih 80% lengkap dua dos, manakala lebih 33% sudah menerima suntikan penggalak atau dos ketiga.