
Pengarahnya, Xu Wenbo berkata, China sudah bersiap sedia untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin khusus untuk menangani Omicron.
“Banyak penyelidikan persediaan sudah selesai, membabitkan tiga teknologi vaksin untuk mutasi baharu Covid-19 ini, antaranya vaksin virus ternyahaktif, vaksin protein dan vaksin berasaskan vektor.
“Beberapa syarikat China telah pun melancarkan perancangan peringkat awal untuk vaksin berkenaan,” kata Xu kepada media di sini, pada Selasa.
Menurut beliau, setakat 30 Nov, selain Hong Kong, tiada kes dikaitkan dengan varian baharu Omicron dilaporkan di wilayah lain di China.
Dalam pada itu, pakar dari Akademi Sains Perubatan China, Qian Zhaohui menyatakan, varian tersebut merebak dengan sangat pantas berdasarkan data epidemiologi terkini di Afrika Selatan.
Bagaimanapun, beliau berkata masih belum jelas sama ada Omicron akan menggantikan Delta sebagai varian dominan di dunia kerana ia memerlukan suatu tempoh sebelum diketahui perinciannya.