6 mayat ditemui tergantung di Mexico angkara perang kartel

6 mayat ditemui tergantung di Mexico angkara perang kartel

Taktik menggantung mangsa yang dibunuh lazim digunakan kartel dadah di Mexico untuk menakut-nakutkan pesaing.

Pihak berkuasa mengalihkan mayat yang tergantung di jambatan di Bandar Cuauhtemoc pada 18 Nov. (Gambar AP).
MEXICO CITY:
Enam mayat ditemui tergantung di jambatan dan sebatang pokok di kawasan utara Mexico yang dibelenggu perang antara kartel, kata pihak berkuasa.

Penemuan ngeri itu dibuat di Fresnillo, di negeri Zacatecas, di mana geng-geng bersaing untuk mengawal laluan penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat.

Tiga mayat ditemui tergantung di jambatan pejalan kaki dan tiga lagi digantung daripada pokok, kata jabatan keselamatan negeri.

Dua lagi mayat dijumpai di sebidang tanah di Fresnillo, kata pihak berkuasa tanpa memberitahu lebih lanjut sama ada mereka turut ditemui tergantung, taktik yang lazim digunakan geng untuk menakut-nakutkan pesaing.

Khamis lepas, 10 mayat dijumpai di sebuah lebuh raya di Zacatecas, dengan sembilan daripadanya tergantung dari sebuah jambatan.

Di seluruh Mexico, lebih 300,000 orang telah terbunuh sejak kerajaan mengerahkan tentera untuk berperang dengan kartel sejak 2006.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.