15 maut dihanyut arus di Myanmar

15 maut dihanyut arus di Myanmar

Kemalangan berlaku kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan di bandar Thanbyuzayat.

Menurut pegawai polis tempatan, kejadian itu berlaku ketika orang ramai sedang melakukan aktiviti keagamaan di pesisir pantai. (Gambar AP)
YANGON:
Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan beberapa lagi hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam satu kejadian di tenggara Mon, Myanmar pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai polis tempatan.

“Kejadian itu berlaku ketika orang ramai sedang melakukan aktiviti keagamaan di pesisir pantai,” kata pegawai polis.

Kemalangan berlaku kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan di bandar Thanbyuzayat.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.