3 ditahan letupkan masjid di Afghanistan

3 ditahan letupkan masjid di Afghanistan

Suspek ditahan beberapa jam selepas serangan dan kini sedang disoal siat, kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menerusi Twitter.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, suspek insiden sudah ditahan beberapa jam selepas serangan dan kini sedang disoal siasat. (Gambar AP)
KABUL:
Tiga orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan bom pada Jumaat di Nangarhar, timur Afghanistan, kata jurucakap Taliban.

“Suspek ditahan beberapa jam selepas serangan. Mereka kini disoal siat,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menerusi Twitter.

Sebutir bom buatan sendiri diletakkan di dalam sebuah masjid meletup ketika solat Jumaat di daerah Spin Ghar, Nangarhar, mencederakan 15 jemaah, termasuk imam, lapor Xinhua.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. Wilayah di kawasan pergunungan itu menyaksikan beberapa serangan sejak berapa bulan lalu dan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan militan Islamic State mengaku bertanggungjawab.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.