
Biro cuaca pusat Taiwan berkata, gempa bumi itu berukuran 6.5 magnitud manakala Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat mencatatkan ukuran lebih rendah, iaitu 6.2.
Gempa bumi melanda daerah Yilan timur laut pada 1.11 tengah hari pada kedalaman 67km.
Seorang wartawan AFP di Taipei melaporkan gegaran terasa seperti berlangsung sekitar 10 saat dan mungkin gempa bumi terkuat tahun ini.
Taiwan sering dilanda gempa bumi kerana pulau itu terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik.
Hualien, sebuah kawasan tumpuan pelancong, dilanda gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada 2018 yang mengorbankan 17 orang dan mencederakan hampir 300.
Pada September 1999, gempa bumi 7.6 magnitud mengorbankan kira-kira 2,400 orang dalam bencana alam paling dahsyat dalam sejarah pulau itu.
Bagaimanapun, gempa bumi 6.2 magnitud pada Disember 2020 melanda Yilan tanpa sebarang kerosakan atau kecederaan besar dilaporkan.