
“Dua individu ditembak ketika penggambaran di sebuah lokasi filem ‘Rust’,” kata syerif di Santa Fe, New Mexico dalam kenyataan.
“Seorang daripada mangsa tembakan, wanita berusia 42 tahun, mati akibat kecederaan dialaminya.”
Pejabat syerif berkata, kejadian itu membabitkan sepucuk pistol yang digunakan sebagai prop untuk filem barat abad ke-19.
“Menurut penyiasat, adegan yang dirakamkan itu membabitkan penggunaan prop senjata api.
“Detektif sedang menyiasat bagaimana dan jenis peluru yang dilepaskan.”
Mangsa korban diterbangkan ke Hospital Universiti New Mexico, manakala mangsa kedua, lelaki berusia 42 tahun dibawa ambulans ke hospital lain, di mana beliau dikatakan menerima rawatan kecemasan.
“Kejadian ini kekal sebagai siasatan aktif,” kata syerif.
Baldwin ialah penerbit bersama dan melakonkan watak Harland Rust, penjahat yang cucunya disabitkan bersalah kerana membunuh dan mereka melarikan diri bersama sedangkan cucunya dijatuhkan hukuman mati.
Baldwin, 63, berlakon di televisyen dan filem sejak 1980-an.