13 maut selepas bas tentera meletup di Damsyik

13 maut selepas bas tentera meletup di Damsyik

Dua bahan letupan meledak ketika bas itu melalui Jambatan Hafez al-Assad dan bahan letupan ketiga berjaya dimatikan unit kejuruteraan tentera.

Anggota bomba memeriksa bangkai hangus bas di Jambatan Hafez al-Assad, Damsyik pada Rabu. (Gambar Twitter @PatilSushmit)
DAMSYIK:
Sekurang-kurangnya 13 anggota tentera Syria maut dalam serangan bom tepi jalan, ketika bas dinaiki mereka melalui sebuah jambatan di tengah Damsyik pada waktu puncak pagi Rabu.

Stesen televisyen kerajaan Syria memuat naik gambar bangkai bas hangus ke akaun Telegramnya, dengan anggota penyelamat dilihat mengeluarkan mayat mangsa.

Saluran televisyen itu melaporkan sekurang-kurangnya 13 maut dan tiga cedera.

Menurut laporan itu, dua bahan letupan meledak ketika bas itu melalui Jambatan Hafez al-Assad dan bahan letupan ketiga berjaya dimatikan unit kejuruteraan tentera yang disifatkan pegawai sebagai serangan “pengganas”.

Beberapa serangan membabitkan kenderaan tentera berlaku di timur Syria tahun ini yang disyaki dilakukan militan IS masih beroperasi di kawasan gurun.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata, sekurang-kurangnya 350,000 orang terbunuh dalam perang saudara yang bermula sedekad lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.