
DUBAI: Iraq berjaya menahan Sami Jasim, seorang pegawai kanan ISIS yang bertanggungjawab terhadap kewangan kumpulan militan itu, selain pernah menjadi timbalan ketuanya Abu Bakar al-Baghdadi yang maut pada 2019.
Perdana Menteri Mustafa Al-Kadhimi ketika mendedahkan perkara itu di Twitter berkata: “Dalam pada wira (pasukan keselamatan Iraq) memfokuskan terhadap kawalan pilihan raya, rakan mereka (perkhidmatan risikan kebangsaan Iraq) melancarkan operasi rumit untuk menangkap Sami Jasim.”
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut operasi berkenaan.
Baghdadi maut dalam serangan tentera AS barat laut Syria pada 2019.
Jabatan Negara AS ketika itu telah menawarkan ganjaran untuk maklumat mengenai lokasi beberapa pemimpin ISIS termasuk Jasim.