
Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali akan dibuka untuk pelancong asing mulai tarikh itu, dengan pengunjung perlu menjalani kuarantin lapan hari yang ditanggung sendiri, katanya kepada pemberita.
Pembukaan semula sempadan negara itu, dan kelonggaran sosial, dilakukan secara berperingkat kerana Indonesia “tidak mahu perkara yang tidak dijangka berlaku lagi”, katanya.
Indonesia antara negara yang paling teruk terkesan akibat Covid-19 di Asia. Secara rasmi lebih 4 juta kes dan 142,000 kematian direkodkan, tetapi pakar kesihatan awam percaya jumlah sebenar jauh lebih tinggi.
Bagaimanapun, kes harian telah menurun daripada 56,000 pada kemuncak gelombang kedua, pertengahan Julai lalu, kepada 1,100 kes pada 3 Okt.
Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin sebelum ini berkata pelancong asing boleh kembali ke Bali selepas lebih daripada 70% penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Kerajaan turut menyatakan kesediaannya membuka semula pulau itu kepada pelancong antarabangsa untuk memulihkan ekonomi Bali yang teruk terjejas.