Algeria berkabung 3 hari susulan kematian bekas presiden Bouteflika

Algeria berkabung 3 hari susulan kematian bekas presiden Bouteflika

Menurut kenyataan Pejabat Presiden, bendera akan dikibarkan separuh tiang selama tempoh berkabung itu.

Abdelaziz Bouteflika meninggal dunia pada Jumaat petang pada usia 84 tahun. (Gambar AFP)
ALGIERS:
Algeria berkabung selama tiga hari bermula Sabtu berikutan kematian bekas Presiden Abdelaziz Bouteflika.

Menurut kenyataan Pejabat Presiden bendera akan dikibarkan separuh tiang selama tempoh berkabung itu, lapor agensi berita Anadolu.

Bouteflika meninggal dunia pada Jumaat petang pada usia 84 tahun.

Mula berkuasa pada 1999 selepas perang saudara di negara itu, Bouteflika tetap menerajui pemerintahan Algeria walaupun pada 2015 beliau lumpuh dan kesihatannya merosot .

Pada Februari 2019 beliau mencalonkan diri sebagai presiden untuk penggal kelima, yang menjadi penggal terakhirnya. Tindakannya itu mencetuskan demonstrasi besar-besaran.

Angkatan Tentera Algeria kemudian mengumumkan sokongan terhadap kumpulan yang membantah memaksa Bouteflika terpaksa berundur pada April 2019.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.