PM Jepun tak hasrat bertanding, akan letak jawatan

PM Jepun tak hasrat bertanding, akan letak jawatan

Perdana Menteri Jepun Suga Yoshihide pada Rabu memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Perwakilan untuk pilihan raya dalam waktu terdekat.

Perdana Menteri Jepun Suga Yoshihide. (Gambar AP)
TOKYO:
Perdana Menteri Jepun Suga Yoshihide tidak berhasrat untuk mencalonkan diri dalam pemilihan kepimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) pada bulan ini, yang menunjukkan beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri, lapor Xinhua memetik laporan NHK pada Jumaat.

Suga pada Rabu juga memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Perwakilan untuk pilihan raya dalam waktu terdekat, mengambil kira situasi Covid-19 yang teruk ketika ini dan mengatakan bahawa pemilihan kepimpinan LDP yang dijadualkan pada 29 September tidak akan ditunda.

Sebilangan anggota parlimen LDP sebelum ini berpendapat Suga akan membubarkan Dewan Perwakilan pada pertengahan September bagi meraih kemenangan minimum dalam pilihan raya umum sebelum menghadapi lawan termasuk bekas menteri luar Fumio Kishida dalam persaingan kepemimpinan dalam parti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.