
“Pada Khamis, bahagian itu meluluskan permohonan Reliance Life Sciences untuk melakukan ujian klinikal ke atas manusia dengan menggunakan vaksin Covid-19 berasaskan protein.
“Kelulusan diberi selepas Subject Expert Committee (SEC) meneliti permohonan tersebut dalam satu mesyuarat, ” menurut saluran berita News18.
Syarikat berkenaan juga telah meminta persetujuan Agensi Kawalan Ubat-ubatan India (DCGI) bagi menjalankan ujian klinikal menggunakan vaksin dua dos itu.
“Melalui ujian klinikal fasa I, Reliance berhasrat mendapatkan maklumat mengenai keselamatan, tindak balas, farmakokinetik dan mekanisme terhadap ubat-ubatan,” menurut News18.
Awal minggu ini, DCGI memberi kelulusan terhadap ujian klinikal fasa II dan III terhadap vaksin mRNA Covid-19 pertama iaitu HGCO19 yang sedang dibangunkan Genova Biopharmaceuticals.