
Ketua Polis Wilayah Yala Tinnakorn Rangmat, berkata dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi (waktu tempatan), lelaki berusia 59 tahun itu cedera parah selepas sebutir bom buatan sendiri dipercayai dipasang pada pikap dipandunya, meletup.
“Mangsa terperangkap dalam pikap yang terbakar itu,” katanya ketika dihubungi.
Beliau menambah mangsa diselamatkan penduduk tempatan dan dikejarkan ke hospital.
“Polis masih menyiasat motif kejadian,” katanya.
Sementara itu, di Narathiwat, sebutir bom meletup berhampiran sebuah stesen kereta api namun tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang (waktu tempatan), sebutir bom buatan sendiri meletup apabila kereta api membawa buah-buahan dan produk pertanian itu menghampiri Stesen Keretapi Tanjung Mas di Daerah Rangae, Narathiwat.
Ketua Polis Daerah Rangae Surapong Chartsut, berkata siasatan awal mendapati sebutir bom ditanam di landasan kira-kira satu kilometer dari stesen.
“Apabila kereta api dari Sungai Kolok ke Bangkok itu menghampiri stesen bom itu meletup,” katanya.
Letupan menyebabkan kerosakan pada gerabak.