Covid-19: New Zealand lapor 3 kes import

Covid-19: New Zealand lapor 3 kes import

Setakat ini jumlah kes aktif di negara itu ialah seramai 37 dan jumlah kes disahkan sebanyak 2,546.

Jacinda Ardern menunjukkan sistem amaran baru untuk Covid-19. (Gambar AP)
WELLINGTON:
New Zealand pada Selasa melaporkan tiga kes baharu Covid-19 membabitkan kes import dan tiada kes penularan tempatan dilaporkan.

Tiga kes import itu melibatkan mereka yang pulang dari Singapura serta Australia dan masih menjalani kuarantin di Auckland, menurut agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan.

Setakat ini jumlah kes aktif di New Zealand ialah seramai 37 dan jumlah kes disahkan sebanyak 2,546.

Sementara itu, dalam tempoh seminggu kes baharu yang dikesan di sempadan adalah empat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.