
Serangan di Sekolah Tinggi Bethel Baptist, Kaduna ialah penculikan beramai-ramai di sekolah yang ke-10 sejak Disember lalu di barat laut Nigeria dan pihak berkuasa mengaitkannya dengan geng penjenayah mahu mendapatkan wang tebusan.
“(Penculik) menuntut 1 juta naira bagi setiap seorang daripada 80 pelajar yang diculik mereka,” kata Ite Joseph Hayab ketika dihubungi Reuters.
Penculik membebaskan 28 kanak-kanak bulan lalu, selepas kumpulan pertama 28 pelajar dibebaskan dua hari selepas diculik. Tetapi 81 orang masih menjadi tebusan.
Hayab berkata, tiga pelajar berjaya melarikan diri selepas 28 pelajar dibebaskan bulan lalu, tetapi mereka diculik semula oleh seorang individu tidak dikenali di dalam hutan yang menuntut wang tebusan dan ibu bapa membayar lebih 1 juta naira.
Pihak berkuasa Nigeria mengaitkan penculikan itu dengan penculik bersenjata yang menuntut wang tebusan.
Kumpulan bersenjata menjadikan sekolah menjadi sasaran penculikan beramai-ramai di utara Nigeria.
Penculikan sedemikian di Nigeria mula dilakukan kumpulan militan Boko Haram dan kemudiannya oleh serpihannya IS Wilayah Afrika Barat, tetapi taktik itu kini digunakan geng penjenayah lain.