Lelaki ceroboh bangunan kerajaan Ukraine, ugut letupkan bom

Lelaki ceroboh bangunan kerajaan Ukraine, ugut letupkan bom

Pejabat Perdana Menteri terletak dalam bangunan itu, tetapi tidak jelas jika beliau atau menteri lain berada di sana ketika itu.

KIEV:
Polis Kiev berkata, seorang lelaki memecah masuk ke banguann menteri Kabinet Ukraine dan mengugut akan meletupkan sebutir bom.

Video mengenai kejadian itu dalam talian, yang tidak boleh disahkan Reuters segera, menunjukkan seorang lelaki memakai berseluar jeans dan berbaju T belang berada di salah sebuah lobi bangunan itu yang menjadi lokasi pertemuan menteri.

Dia memegang sesuatu di tangan kanannya sambil melaungkan dirinya mempunyai sebutir bom tangan.

Pejabat Perdana Menteri terletak dalam bangunan itu, tetapi tidak jelas jika beliau atau menteri lain berada di sana ketika itu.

Jurucakap perdana menteri enggan mengulas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.