
Ia memetik Kementerian Kesihatan sebagai berkata, keputusan itu menyusul ujian klinikal dan penilaian meluas, tanpa memberikan sebarang butiran.
Jun lalu, pihak berkuasa dilaporkan berkata, ujian klinikal itu akan memantau tindak balas imun 900 kanak-kanak.
UAE yang mencapai kadar imunisasi antara yang tertinggi di dunia, sudah menyediakan vaksin Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.
Semalam, Kementerian Kesihatan berkata, 78.95% daripada kira-kira 9 juta populasi UAE sudah menerima satu dos vaksin, manakala 70.57% divaksin sepenuhnya.
UAE, hab perdagangan dan pelancongan serantau, merekodkan 1,519 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhannya 682,377 kes dan 1,951 kematian.
UAE mengetuai Fasa III ujian klinikal vaksin yang dihasilkan syarikat milik kerajaan China, Sinopharm dan mula menghasilkannya di bawah usaha sama Sinopharm dan syarikat teknologi berpangkalan di Abu Dhabi, Group 42.