Pakai pelitup muka, varian Delta mudah jangkit seperti cacar air, kata CDC

Pakai pelitup muka, varian Delta mudah jangkit seperti cacar air, kata CDC

Menurut laporan, varian Delta lebih mudah berjangkit berbanding virus yang menyebabkan MERS, SARS, Ebola, selsema biasa, selsema bermusim dan cacar.

Pelajar Sekolah Tinggi Lehman di New York menerima suntikan vaksin Pfizer Selasa lalu. (Gambar AP)
NEW YORK:
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menyifatkan varian Delta Covid-19 mudah berjangkit seperti cacar air atau “chickenpox” dan menyebabkan kesakitan teruk, lapor New York Times memetik dokumen dalaman pusat itu.

Menurut laporan itu, varian berkenaan juga cenderung menembusi perlindungan daripada vaksin dan tindakan berbalik kepada garis panduan pemakaian pelitup muka untuk individu divaksin sepenuhnya pada Selasa lalu dibuat berdasarkan dokumen itu.

Bagaimanapun, statistik CDC menunjukkan vaksin sangat berkesan dalam mencegah penyakit serius, kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan penerima vaksin, menurut laporan itu yang memetik pakar.

Pengarah CDC, Rochelle Walensky memberitahu Times, penyelidikan baharu menunjukkan individu divaksin yang dijangkiti varian Delta mempunyai sejumlah virus di hidung dan tekak.

Menurut laporan itu, varian Delta lebih mudah berjangkit berbanding virus yang menyebabkan MERS, SARS, Ebola, selsema biasa, selsema bermusim dan cacar.

Langkah segera berikutnya untuk CDC ialah “mengakui peperangan sudah berubah”, menurut laporan yang memetik dokumen itu.

NYT melaporkan CDC dijangka menerbitkan data tambahan mengenai varian itu hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.