Covid-19 di Sepanyol lepasi angka 4 juta kes akibat varian delta

Covid-19 di Sepanyol lepasi angka 4 juta kes akibat varian delta

Jangkitan varian delta di negara itu mudah merebak dalam kalangan orang muda, namun jumlah kematian kekal rendah.

Pesakit Covid-19 menerima rawatan di sebuah hospital di Barcelona, minggu lalu (Gambar AP)
MADRID:
Sepanyol melepasi empat juta kes coronavirus Selasa lalu membabitkan 43,960 kes baharu pada hari sama susulan varian delta yang lebih mudah merebak menjangkiti golongan muda yang tidak divaksin.

Bagi tempoh 14 hari, sejumlah 437 kes bagi 100,000 penduduk direkod di seluruh negara itu pada Selasa, bertambah 368 sehari sebelumnya, menurut data daripada kementerian kesihatan negara berkenaan. Data itu turut menunjukkan 1,421 kes bagi 100,000 penduduk dijangkiti membabitkan umur 20 hingga 29 tahun.

“Dengan tamatnya tempoh persekolahan, peningkatan pergerakan, interaksi sosial lebih besar dan berlakunya “super spreader”, insiden lekuk keseluruhan meningkat sekali lagi,” kata Menteri Kesihatan Sepanyol Carolina Darias, pada Selasa.

Kes mula menunjukkan pertambahan pada pertengahan Jun selepas lama merekodkan jumlah penurunan, didorong varian delta dan faktor sosial dalam kalangan kumpulan orang muda.

Walaupun jumlah jangkitan meningkat secara stabil, jumlah kematian kekal rendah, dengan kes terbaharu dilaporkan terutamanya berlaku kepada golongan muda dan penduduk tidak divaksin dilihat tidak mudah jatuh sakit pada tahap serius.

Negara berkenaan merekodkan 13 kematian baharu pada Selasa, membawa kepada jumlah kematian keseluruhan kepada 81,033 orang. Darias berkata, tekanan terhadap sistem kesihatan ketika ini adalah lebih baik, berbanding gelombang pandemik yang berlaku sebelum ini.

Ada sebahagian wilayah Sepanyol yang paling teruk terkesan memperkenalkan peraturan baharu seperti larangan berkurung pada waktu malam demi menangani peningkatan jangkitan.

Kerajaan di wilayah Catalan berkata, semua aktiviti perlu dihentikan pada 12.30 pagi dan makan dan minum di kawasan awam dilarang sama sekali. Pendekatan berkenaan masih menunggu kelulusan mahkamah.

“Perkara paling penting ketika ini adalah mengawal penularan virus yang memerlukan pendekatan di peringkat wilayah,” kata Darias.

Sektor pelancongan di Sepanyol berterusan diterhadkan di kawasan tertentu sahaja dengan banyak perniagaan bertungkus lumus untuk kekal hidup. Situasi sama juga dilaporkan berlaku di Portugal, di mana varian delta menyumbang kepada semua kes jangkitan di wilayah popular, Algarve.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.