Itali julang trofi Euro 2020

Itali julang trofi Euro 2020

Itali menewaskan England menerusi penentuan penalti 3-2 selepas perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan berikutan kedudukan terikat.

Mancini bersama pasukannya menjulang trofi final Euro 2020 selepas menang ke atas England di Wembley. (Gambar AP)
LONDON:
Impian Itali untuk sekali lagi menjulang trofi Eropah pada 1968 menjadi kenyataan selepas menang ke atas England pada aksi final Euro 2020 di Wembley, sebentar tadi.

Skuad Three Lions yang mengejar trofi utama pertama dalam tempoh 55 tahun itu pulang dengan hampa selepas skuad Azzurri mengungguli penentuan penalti 3-2.

Ia selepas sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Dalam aksi penentuan, penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma menyelamatkan dua sepakan dan satu sepakan tersasar.

Terdahulu England mendahului perlawanan menerusi ledakan gol dari Luke Shaw pada minit kedua, sebelum Itali menyamakan kedudukan melalui jaringan pertahanannya, Leonardo Bonucci pada minit ke-67.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.