Pegawai polis UK mengaku salah bunuh wanita

Pegawai polis UK mengaku salah bunuh wanita

Wayne Couzens, 48, pegawai London yang mengawal premis diplomatik, sebelum ini mengaku merogol dan menculik mangsa.

Risalah orang hilang di London pada Mac lalu ketika pencarian diteruskan untuk Sarah Everard. (Gambar AP)
LONDON:
Seorang pegawai polis mengaku bersalah membunuh Sarah Everard, yang pembunuhannya mencetuskan kemarahan di seluruh Britain berhubung tindakan yang boleh diambil polis, kerajaan dan masyarakat untuk menghentikan keganasan lelaki terhadap wanita.

Wayne Couzens, 48, seorang pegawai London yang mengawal premis diplomatik, sebelum ini mengaku merogol dan menculik mangsa.

Everard, 33, diculik ketika berjalan pulang dari rumah seorang rakan di London selatan pada 3 Mac lalu. Mayatnya dijumpai di kawasan hutan kira-kira 50 batu di tenggara England.

Hasil bedah siasat pada bulan lalu menyimpulkan beliau mati akibat tekanan di leher.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.