
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsulat Chatchai Viriiyavejakul berkata, ramai pelancong asing berminat untuk ke Phuket di bawah program itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Sejak program bermula, sejumlah 7,890 pelancong asing telah mendaftar, dan setakat ini, 6,119 telah diberikan sijil vaksinasi, manakala 2,802 lagi menerima COE.
Katanya, bagi mempercepat proses saringan di lapangan terbang, kementeriannya telah menempatkan petugas tambahan.
Kerajaan Thailand menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing akan mengunjungi Phuket pada suku ketiga tahun ini dari Julai hingga September, menjana pendapatan sekitar 8.9 bilion baht (USD277 juta).