Tiket separuh akhir Euro milik England, Denmark

Tiket separuh akhir Euro milik England, Denmark

England menang 4-0 menentang Ukraine di Stadium Olimpik, Rom, sementara Denmark menyingkirkan Republik Czech 2- 1 di Baku.

Seawal minit kelima, jaringan Thomas Delaney memberi kelebihan pada skuad The Danish Dynamite itu untuk mendahului perlawanan suku akhir Euro di Stadium Olimpik. (Gambar AP)
ROM:
Keputusan aksi suku akhir sebentar tadi menyaksikan England bakal bertemu Denmark di Stadium Wembley dalam perlawanan separuh akhir bagi merebut tiket ke pentas akhir Euro 2020.

Pasukan kendalian Gareth Southgate itu membelasah Ukraine 4-0 menerusi ledakan gol oleh penyerang Harry Kane pada awal perlawanan.

Tandukan Harry Maguire dan jaringan Jordan Henderson yang masuk dari bangku simpanan melengkapkan kemenangan bergaya buat skuad Three Lions itu untuk membenam Ukraine di Stadium Olimpik.

Penyerang England, Harry Kane mencipta peluang baik buat skuad Three Lions menerusi jaringan pertamanya dalam aksi suku akhir Euro 2020. (Gambar AP)

Terdahulu dalam satu lagi perlawanan di Stadium Olimpik, Baku, Denmark menyingkirkan Republik Czech 2-1.

Seawal minit kelima, tandukan Thomas Delaney memberi kelebihan pada skuad The Danish Dynamite itu untuk mendahului perlawanan sebelum jaringan ditambah Kasper Dolberg.

Kedua perlawanan itu bakal menyaksikan England berdepan Denmark awal pagi Khamis ini untuk merebut trofi Euro di pentas separuh akhir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.