
Varian Delta Covid-19 pernah mendominasi wilayah itu ketika pertama kali ia menyerang China. Varian yang pertama kali dikenal pasti di India itu sangat mudah dijangkiti, menurut pakar.
Difahamkan Dongguan melancarkan program saringan di seluruh kawasan bandar pada hari ini berikutan dua kes yang dilaporkan sejak Jumaat lalu. Pihak berkuasa turut mengarahkan orang ramai untuk tidak keluar negara kecuali untuk alasan yang penting.
Walaupun begitu, mereka yang mahu mengembara perlu menunjukkan keputusan ujian yang negatif dalam masa 48 jam dari waktu berlepas.
Wilayah selatan Guangdong melaporkan 168 jangkitan yang sah sejak 21 Mei, di mana hampir 90% daripadanya di ibu kotanya, Guangzhou.
Namun kesnya sedikit berbanding lokasi lain di dunia dan wabak sebelumnya di China.
Wilayah timur laut itu mencatatkan lebih daripada 1,150 jangkitan sejak akhir Disember hingga awal Februari selepas wabak domestik terburuk melanda Wuhan, pada akhir 2019.
Pakar China berkata perjuangan Guangzhou berdepan varian Delta adalah amaran kepada bandar-bandar lain untuk tidak terlalu leka.
China melaporkan 17 jangkitan baharu yang disahkan pada hari Ahad, turun berbanding 23 pada hari sebelumnya, kata pihak berkuasa kesihatannya.
Salah satu kes baru adalah jangkitan tempatan di Dongguan, sementara selebihnya adalah kes import, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional.
Jumlah jangkitan asimtomatik baharu menurun kepada 19 berbanding 20 pada hari sebelumnya. China tidak mengklasifikasikannya sebagai kes yang disahkan.
Jumlah jangkitan di tanah besar China adalah 91,604, dengan jumlah kematian tidak berubah pada 4,636.