
Broker itu yang membentuk pakatan gabungan untuk menggulingkan bekas perdana menteri itu memberitahu kakitangan kementeriannya, Israel “mengabaikan arena antarabangsa” di bawah pemerintahan 12 tahun Netanyahu.
“Hubungan kita dengan terlalu banyak kerajaan telah diabaikan dan menjadi dingin,” kata Lapid, 57, yang juga bekas wartawan penyiaran.
“Menuduh semua orang anti-Yahudi bukan polisi yang berkesan, walaupun mungkin kita merasakannya benar,” katanya.
Selepas kembali berkuasa pada 2009, hubungan Netanyahu dengan bekas presiden AS Barack Obama, seorang Demokrat, dilihat menjadi dingin namun pulih dengan pelantikan Donald Trump dari parti Republikan.
“Pengurusan hubungan dengan Demokrat di AS amat cuai malah berbahaya,” kata Lapid.
“Berulang kali saya memberi amaran, namun kerajaan terdahulu memfokuskan hanya pada hubungan dengan Republikan seterusnya mengabaikan pendirian dwipartisan Israel.
“Kita perlu mengubah cara bekerja dengan mereka (Demokrat).”
Selain itu, Lapid berkata akan berusaha memperbaiki hubungan Israel di peringkat antarabangsa termasuk dengan pemimpin Eropah.