
Setiausaha Keselamatan John Lee, yang menandatangani surat itu menurut Reuters, sebelumnya mengumumkan dia akan membekukan akaun bank yang dikaitkan dengan pemilik akhbar prodemokrasi Apple Daily di bandar ini di bawah undang-undang keselamatan nasional Hong Kong.
Surat-surat tersebut dikirimkan ke HSBC Holdings Plc dan Citigroup Inc awal bulan ini, lapor Reuters.
Pejabat Lee masih gagal dihubungi untuk mengulas lanjut hari ini. Pembantu Lai juga gagal diihubungi untuk mengulas lanjut.
Jurucakap Citigroup berkata dalam e-mel beliau tidak mengulas mengenai akaun individu dan diminta untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan mengikut pasaran tempat ia beroperasi. Jurucakap HSBC enggan mengulas lanjut.
Lai, seorang aktivis terkemuka prodemokrasi yang menggunakan media Next Digital Ltd miliknya untuk menyokong tunjuk perasaan 2019 terhadap China, kini dipenjara kerana menyertai perhimpunan haram di Hong Kong. Dia juga menghadapi tuduhan yang lebih serius di bawah undang-undang keselamatan, termasuk “bersekongkol” dengan negara asing.
Seorang penasihat kewangan Lai berkata jumlah wang di dalam akaun tersebut tidak banyak, namun ia adalah gambaran sikap Hong Kong terhadap hubungan dengan jaringan perbankan antarabangsa membabitkan kekayaan peribadinya, lapor Reuters.