Jepun buka pusat inokulasi massa untuk warga emas menjelang Olimpik

Jepun buka pusat inokulasi massa untuk warga emas menjelang Olimpik

Pusat inokulasi terbabit akan menggunakan vaksin Covid-19 Moderna.

Orang ramai menunggu untuk menerima vaksin Covid-19 Moderna di pusat vaksinasi massa yang baru dibuka di Tokyo hari ini. (Gambar AP)
TOKYO:
Jepun membuka dua pusat vaksinasi besar-besaran hari ini ketika negara itu berlumba-lumba menginokulasi sebahagian besar warga emasnya daripada wabak Covid-19 sebelum menjelang Olimpik Tokyo.

Pusat vaksinasi di Tokyo dan Osaka akan memberi vaksin kepada ribuan orang setiap hari, sekali gus meningkatkan kempen inokulasi Jepun yang didakwa perlahan ketika barisan hadapannya memerangi gelombang jangkitan keempat.

“Lebih baik mendapatkannya lebih awal,” kata Tetsuya Urano, 66, seorang penduduk Tokyo, antara yang pertama diberi vaksin di pusat vaksinasi Tokyo. “Semuanya berjalan lancar.”

Ditempatkan di sebuah bangunan yang biasanya digunakan untuk pentadbiran cukai, kemudahan di Tokyo itu akan beroperasi 12 jam sehari untuk memberi suntikan kepada 10,000 orang setiap hari sepanjang tiga bulan akan datang. Tapak kami di Osaka, akan memberikan kira-kira 5,000 suntikan sehari.

Kemudahan vaksinasi massa turut dirancang untuk Nagoya, Kobe dan bandar-bandar besar lain.

Bulan lalu, Perdana Menteri Yoshihide Suga mengerahkan Kementerian Pertahanan untuk membangunkan pusat-pusat itu bagi mempercepat program vaksinasi negara.

Gelombang jangkitan keempat telah memaksa pihak berkuasa membuat pengisytiharan darurat meliputi sebahagian besar negara, termasuk Tokyo, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keputusan untuk meneruskan Sukan Olimpik yang akan bermula pada 23 Julai ini.

Darurat akan berakhir pada 31 Mei, tetapi kerajaan merancang untuk melanjutkannya hingga 20 Jun, lapor akhbar Yomiuri.

Hanya 4.4% penduduk Jepun yang berjumlah 125 juta telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menurut pusat pengesan global Reuters, kadar paling lambat dalam kalangan negara besar dan kaya di dunia.

Jepun lambat memulakan kempen inokulasi iaitu pada pertengahan Februari, berbanding kebanyakan ekonomi utama dunia. Kempen ini tertangguh pada awalnya berikutan kekurangan bekalan vaksin Pfizer Inc dan BioNTech SE yang diimport.

Namun walaupun penghantaran meningkat, proses pengagihan masih perlahan akibat kekurangan tenaga kerja, rintangan logistik dan gangguan dalam fungsi sistem tempahan.

Pusat vaksinasi besar-besaran untuk warga emas ini akan menggunakan vaksin Moderna Inc., yang telah diluluskan Jumaat lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.