Kanada desak ‘keselamatan’ wartawan dijamin selepas bangunan media di Gaza diserang

Kanada desak ‘keselamatan’ wartawan dijamin selepas bangunan media di Gaza diserang

Menteri Luar Kanada Marc Garneau menegaskan wartawan 'mesti bebas melakukan pekerjaan mereka'.

Bangunan yang menempatkan pelbagai agensi media antarabangsa di Gaza runtuh akibat serangan udara Israel. (Gambar AP)
MONTREAL:
Kanada semalam menegaskan “pentingnya melindungi wartawan”, susulan serangan udara oleh tentera Israel terhadap bangunan yang menempatkan pelbagai agensi media antarabangsa di Gaza, selain meminta “langkah segera” diambil bagi menghentikan keganasan.

Menteri Luar Kanada, Marc Garneau berkata, Kanada mengikuti situasi semasa di Israel, Tebing Barat dan Gaza “dengan penuh rasa prihatin” dan mendesak “semua pihak mengambil langkah segera menghentikan keganasan, meredakan ketegangan, melindungi semua orang awam, pelarian, wartawan dan pekerja media”.

Beliau turut mengulangi gesaan “pentingnya melindungi wartawan” dan menegaskan wartawan “mesti bebas melakukan pekerjaan mereka”.

“Keselamatan mereka perlu sentiasa dijamin,” kata beliau di Twitter.

Di Gaza, serangan udara Israel semalam meruntuhkan bangunan 13 tingkat yang menempatkan Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, dan agensi berita The Associated Press susulan amaran dari tentera Israel untuk mengosongkan menara tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.