
Kementerian kesihatannya melaporkan 4,092 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, membawa jumlah keseluruhan yang maut akibatnya kepada 242,362.
Sebanyak 403,738 direkodkan, seterusnya jumlah jangkitan keseluruhannya kini 22.3 juta.
India dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang teruk dengan jangkitan serta kematian yang amat tinggi hampir setiap hari.
Dengan hospital kekurangan bekalan oksigen dan katil, serta rumah mayat dan pusat pembakaran mayat penuh, pakar berpendapat jumlah sebenar jangkitan serta kematian sebenarnya jauh lebih tinggi daripada angka rasmi.
Kebanyakan negeri di India melaksanakan perintah berkurung sejak sebulan lalu untuk mengekang penularan.
Beberapa yang lain pula menyekat pergerakan orang ramai selain mengarahkan penutupan panggung wayang, restoran, pub dan pusat beli-belah.
Perdana Menteri Narendra Modi semakin didesak untuk melaksanakan perintah berkurung seperti ketika gelombang pertama tahun lalu.
Semalam, India melaporkan kematian tertinggi dalam sehari, iaitu 4,187. Institute for Health Metrics and Evaluation menganggarkan kematian akibat Covid-19 di India akan berjumlah sejuta orang menjelang Ogos.