
Ia menandakan hari kedua berturut-turut negara itu mendaftarkan lebih 400,000 kes selepas melaporkan 412,262 jangkitan pada Khamis.
Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat 414,188 kes dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 21,49 juta.
Sebanyak 3,915 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083.
India yang bergelut dengan gelombang kedua pandemik Covid-19 menyaksikan sistem kesihatan negara itu lumpuh.
Mahkamah Tinggi Delhi pada Khamis memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti Covid-19.
Sejak 27 April, negara ini juga menerima sumbangan antarabangsa untuk bekalan dan peralatan perubatan.
Namun banyak hospital memberitahu bantuan tersebut belum sampai kepada mereka.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Kamis malam berkata, “semua bantuan yang diterima hingga 5 Mei 2021 telah diagihkan dan dihantar segera ke negeri/institusi. Usaha sedang dilakukan.”