
Lebih 30,000 orang mengambil bahagian dalam perarakan di ibu negara Jerman itu pada Sabtu sebagai sebahagian daripada tunjuk perasaan hak pekerja pada Hari Pekerja.
Kebanyakan tunjuk perasaan itu berlangsung dengan aman, kata polis.
Namun keadaan bertukar buruk pada sebelah petang selepas polis menahan penunjuk perasaan “blok hitam” berhaluan kiri kerana tidak mematuhi peraturan berkaitan wabak Covid-19, seperti penjarakan fizikal.
Bersama ribuan yang lain, mereka berarak dalam tunjuk perasaan “Revolutionary May Day” untuk memprotes rasisme, kapitalisme dan sewa yang yang semakin mahal di bandar tersebut.
Penunjuk perasaan membaling botol kaca dan batu kepada polis, selain membakar tong sampah dan kepingan kayu di jalanan.
Kira-kira 20 anggota cedera menjelang akhir protes, kata polis Berlin.
Bandar tersebut menggerakkan sekitar 5,600 anggota polis pada Sabtu untuk mengawasi tunjuk perasaan “May Day”, yang sebelum ini pernah menjadi ganas.