India semakin kehabisan vaksin Covid-19, inokulasi seluruh negara ditangguhkan

India semakin kehabisan vaksin Covid-19, inokulasi seluruh negara ditangguhkan

India melaporkan 386,452 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, manakala kematian akibat Covid-19 melonjak 3,498 bagi tempoh sama.

Seorang lelaki berjalan di depan kenyataan yang memaklumkan pusat vaksinasi ditutup selama tiga hari di Mumbai, India.
NEW DELHI:
Beberapa negeri di India telah kehabisan vaksin Covid-19, hanya sehari sebelum inokulasi seluruh negara sepatutnya dilancarkan kata pihak berkuasa hari ini, dalam pada kadar jangkitan di negara itu mencapai rekod baharu.

India melaporkan 386,452 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, manakala kematian akibat Covid-19 melonjak 3,498 bagi tempoh sama, kata kementerian kesihatannya.

Bagaimanapun, pakar perubatan percaya jumlah jangkitan Covid-19 mungkin sebenarnya sehingga lima atau 10 kali ganda data rasmi.

India merekodkan kira-kira 7.7 juta kes sejak gelombang kedua berlaku pada akhir Februari, menurut kiraan Reuters.

Negara itu kini di tahap krisis, dengan hospital dan rumah mayat dibanjiri manakala ubat dan bekalan oksigen juga amat berkurangan.

Bandar-bandar utamanya turut mengenakan sekatan pergerakan terhadap penduduk.

India adalah pengeluar vaksin terbesar dunia, namun tidak cukup stok bekalan untuk menangani gelombang kedua Covid-19 ini, sedangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi telah merancang semua dewasa mulai 1 Mei.

Hanya kira-kira 9% daripada 1.4 bilion rakyat negara itu telah disuntik vaksin sejak Januari.

Sementara itu, Carlo Federico Perno, Ketua Diagnostik Mikrobiologi dan Imunologi di Hospital Bambino Gesù berkata, varian India itu tidak mungkin satu-satunya punca lonjakan kes jangkitan di India.

Sebaliknya, beliau berkata perhimpunan besar-besaran lebih berkemungkinan puncanya.

Modi dikritik kerana membenarkan perhimpunan politik dan keagamaan besar-besaran yang kemudian menjadi ‘super-spreader’ dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.