
Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi, kementerian itu memaklumkan berikutan pengesanan kes tersebut, TTSH menutup wad yang terjejas dan melakukan ujian ke atas pesakit dan kakitangan yang berada di wad.
“Setakat ini kami mengesan empat lagi kes yang diuji positif awal untuk jangkitan Covid-19. Ia termasuk seorang doktor dan tiga pesakit yang dirawat di wad yang sama,” menurut kementerian itu.
Sebagai langkah berjaga-jaga MOH berkata, semua petugas yang merawat pesakit yang dijangkiti serta pelawat, pesakit dan kakitangan yang bekerja di wad itu akan dikuarantin.
Jururawat berusia 46 tahun itu merupakan warganegara Filipina menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 26 Jan dan dos kedua pada 18 Feb.
Daripada 23 kes baharu tersebut, tiga merupakan kes dalam komuniti, 20 lagi kes import, manakala tiada kes di asrama pekerja asing, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 61,086.
Setakat ini kementerian mengklasifikasikan 2,353 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes komuniti, kes import (4,217) dan 54,516 melibatkan penghuni asrama.
Secara keseluruhan 60,718 pesakit sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan rawatan komuniti.
Terdapat 112 kes yang disahkan pada masa ini masih berada di hospital dengan seorang dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi.
Sebanyak 226 orang yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat, tetapi diuji positif Covid-19 diasingkan dan dirawat di kemudahan rawatan komuniti.
Setakat ini 30 orang meninggal dunia di republik ini berikutan komplikasi akibat jangkitan Covid-19.
Singapura mempunyai enam kluster Covid-19 pada masa ini.