
“Aplikasi NHS akan digunakan untuk orang ramai membuat temu janji dengan NHS … untuk menunjukkan anda telah divaksin atau telah menjalani ujian, dan saya sedang bekerjasama di peringkat antarabangsa dengan rakan kongsi di seluruh dunia, untuk memastikan sistem itu diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.
Katanya kepada Sky Newsa, dia akan mempengerusikan mesyuarat menteri pengangkutan G7 minggu depan untuk membincangkan rancangan itu dengan lebih lanjut.
Britain menyasarkan 17 Mei sebagai tarikh paling awal perjalanan antarabangsa dibenarkan untuk tujuan tidak penting berikutan penutupan musim sejuk, selain “sistem lampu isyarat” berdasarkan tahap risiko Covid di setiap negara.
Shapps berkata dia akan menentukan dalam kategori mana negara tertentu akan ditempatkan awal bulan depan.
“Dari perspektif UK, data itu kelihatan cukup baik meskipun kebimbangan timbul mengenai ke mana mereka akan mengembara dan untuk memastikan kita dilindungi dari penyakit yang diimport semula,” katanya.