AS digesa lepas jutaan dos AstraZeneca kepada India, Brazil

AS digesa lepas jutaan dos AstraZeneca kepada India, Brazil

Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AS) berkata dos vaksin tidak akan diperlukan negara itu berikutan stok simpanan dijangka mencukupi untuk rakyatnya.

Dos vaksin itu dikatakan tidak diperlukan di AS, di mana pengeluar vaksin akan dapat menghasilkan dos yang mencukupi. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AS) menyeru pentadbiran Joe Biden melepaskan berjuta-juta dos vaksin AstraZeneca dari simpanan untuk dihantar ke India, Brazil dan negara-negara lain yang dilanda pandemik Covid-19.

“Dos vaksin itu tidak akan diperlukan di AS, di mana dianggarkan pengeluar vaksin akan dapat menghasilkan dos yang mencukupi menjelang awal Jun ini untuk memberi vaksin kepada setiap rakyat Amerika,” kata Myron Brilliant, naib presiden dan ketua perhubungan antarabangsa dewan itu dalam kenyataan.

Pengiriman stok dos vaksin AstraZeneca yang tersimpan ke negara yang bergelut dengan virus itu “akan mengukuhkan kepemimpinan AS, termasuk di Covax” katanya, merujuk kepada kerjasama antarabangsa untuk memastikan akses ke vaksin yang luas. “Tiada siapa yang terselamat dari pandemik ini sehingga kita semua selamat dari wabak itu.”

“Dewan Perdagangan AS amat menggalakkan pentadbiran untuk melepaskan berjuta-juta dos vaksin AstraZeneca dalam simpanan – serta peralatan sokongan hidup – untuk dihantar ke India, Brazil dan negara-negara lain yang terkena wabak itu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.