Pilihan raya presiden Syria 26 Mei ini

Pilihan raya presiden Syria 26 Mei ini

Proses pencalonan akan bermula pada 19 April dan pengundian bagi pengundi luar negara ditetapkan pada 20 Mei.

Proses pencalonan akan bermula pada Isnin (19 April) dan permohonan perlu dikemukakan dalam masa 10 hari. (Gambar Bernama)
DAMSYIK:
Pilihan raya presiden Syria akan diadakan pada 26 Mei, umum parlimen negara itu pada Ahad.

Speaker Parlimen Hamoudeh Sabbagh berkata proses pencalonan akan bermula pada Isnin (19 April) dan permohonan perlu dikemukakan dalam masa 10 hari, lapor Agensi Berita Xinhua.

Beliau berkata hari pengundian bagi pengundi luar negara ditetapkan pada 20 Mei.

“Saya menyeru semua rakyat supaya menunaikan hak mereka untuk memilih presiden Syria,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.